selamat datang pada semua.salam sejahtera buat semua.Di sini saya mencoretkan serba sedikit pahit manis sepanjang perjalanan hidupku.Catatan di dalam blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pendapat penulis sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Sekiranya terdapat apa-apa yang menyinggung perasaan.Jutaan kemaafan di pohon.Catatan berkisar tentang aktiviti seharian, minat dan hobi serta cetusan hati penulis
Thursday, December 30, 2010
BAWANG MERAH
Bawang merah seperti kita sedia maklum yang mana ianya adalah salah satu bahan penting di dalam masakan masyarakat melayu.Tanpanya mungkin masakan itu menjadi kurang enak..
Bawang merah memiliki ciri-ciri sebagai berikut tanaman semusim,akar berserabut,memiliki umbi yang berlapis,
daun berbentuk selinder berongga,warna umbi merah dan keputihan pada bahagian dalam umbi
Bawang merah memiliki interaksi dengan enzim tertentu yang memiliki mekanisme menurunkan kolesterol. Ini adalah studi pertama yang meneliti interaksi bawang merah dengan fungsi biologi tubuh,” kata Zhen Yu Chen, peneliti dari Universitas Chinese di Hongkong.
Para peneliti selama ini memang lebih banyak meneliti khasiat bawang putih yang terbukti efektif mencegah berbagai penyakit, termasuk kanker, penyakit jantung, dan juga influenza
Namun begitu semenjak akhir-akhir ini.. Harga bawang merah agak mendadak naik dan amat mengejutkan para pengguna.Harga satu beg 5 kilogram hampir mencecah sampai RM23.
Diharapkan agar pihak berkuasa memantau kenaikan harga bawang yang begitu mendadak naik
Saturday, December 11, 2010
Monday, December 6, 2010
APABILA MAKSIAT ITU SEMAKIN BERTAMBAH
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) beliau berkata: " (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda:- " Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."
Keterangan:-
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang yang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Labels:
agama
MINYAK NAIK LAGI -Janji hanya tinggal janji
Rakyat Di Dahulukan Itulah Slogan yang selalu Bergema...
Mari kita pakat pikir
Entah pada siapa lagi yang kita harapkan !!!
bila....
cakap tak serupa bikin...
Apa!!! Kekasih hati pun buleh lari kalu asyik janji tapi tak tepati...
Tepuk dada tanya hati
"Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan"
tapi
jikalau ini situasinya,
maka bukan rakyat didahulukan tapi Rakyat yang kena dulu
"Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan"
tapi
jikalau ini situasinya,
maka bukan rakyat didahulukan tapi Rakyat yang kena dulu
Labels:
pakat-pakat fikir
Thursday, December 2, 2010
ALATAN BANTUAN KECEMASAN - First aid kid
Antara sedar atau pun tidak,kita mungkin terlupa bahawa pentingnya alatan bantuan kecemasan(first aid kid). sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil atau sebarang musibbah. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kesakitan, pendarahan ataupun jangkitan kuman.
Alatan ini mestilah diletakkan di tempat sesuai dan tidak tersorok.Alat ini perlu diperiksa dan diselenggara dari masa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik
Kalau perlu sediakan juga peti kecemasan ini di dalam kenderaan anda sebagai langkah-langkah keselamatan.
1.Pastikan semua alatan sentiasa mencukupi dan pastikan pengendali atau pengguna mengetahui kandungan ubat yang hendak digunakkan.dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas.
2.Pastikan tahap dan jenis kecedaraan yang di alami mangsa.
3.pastikan rawatan dan ubatan yang digunakan bertempatan dengan kecedaraan mangsa.
4.Pastikan rawatan yang betul dengan kecederaan yang di alami mangsa sebagai langkah bantuan awal, sementara menanti pihak yang bertauliah mengambil alih.
5.Selesai proses rawatan awal,jikalau perlu di hantar ke hospital. jadi hantarlah ke hospital.sekiranya keadaan tidak kritikal.
6.sekiranya keadaan mangsa kritikal.perlulah anda menghubungi pihak hospital. dan serah pihak hospital yang menguruskan.
Peringatan: anda mestilah menpunyai ilmu dalam ilmu perubatan dan bertauliah untuk mengendalikan mangsa yang kritikal. jangan buat pandai-pandai tauuu...
ALAT-ALAT YANG PERLU ADA DALAM PETI KECEMASAN
ALATAN ATAU UBATAN
1.Kain Anduh
-Mengampu anggota-anggota yang patah atau seliuh.
2.Kain pembalut kasa
-Membalut luka atau anggota yang seliuh
3.Larutan Flavin
-Merawat luka.
4.Larutan antiseptik
-Merawat luka.
5.kapas
-Mencuci luka atau menyapu ubat pada luka.
6.Gunting
-Memotong.
7.Krim antiseptik
-Merawat luka.
8.Penampal luka(plaster)
-Menampal luka-luka kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)