Thursday, December 2, 2010

ALATAN BANTUAN KECEMASAN - First aid kid



Antara sedar atau pun tidak,kita mungkin terlupa bahawa pentingnya alatan bantuan kecemasan(first aid kid). sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil atau sebarang musibbah. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kesakitan, pendarahan ataupun jangkitan kuman.

Alatan ini mestilah diletakkan di tempat sesuai dan tidak tersorok.Alat ini perlu diperiksa dan diselenggara dari masa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik

Kalau perlu sediakan juga peti kecemasan ini di dalam kenderaan anda sebagai langkah-langkah keselamatan.




1.Pastikan semua alatan sentiasa mencukupi dan pastikan pengendali atau pengguna mengetahui kandungan ubat yang hendak digunakkan.dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas.

2.Pastikan tahap dan jenis kecedaraan yang di alami mangsa.

3.pastikan rawatan dan ubatan yang digunakan bertempatan dengan kecedaraan mangsa.

4.Pastikan rawatan yang betul dengan kecederaan yang di alami mangsa sebagai langkah bantuan awal, sementara menanti pihak yang bertauliah mengambil alih.

5.Selesai proses rawatan awal,jikalau perlu di hantar ke hospital. jadi hantarlah ke hospital.sekiranya keadaan tidak kritikal.

6.sekiranya keadaan mangsa kritikal.perlulah anda menghubungi pihak hospital. dan serah pihak hospital yang menguruskan.

Peringatan: anda mestilah menpunyai ilmu dalam ilmu perubatan dan bertauliah untuk mengendalikan mangsa yang kritikal. jangan buat pandai-pandai tauuu...

ALAT-ALAT YANG PERLU ADA DALAM PETI KECEMASAN

ALATAN ATAU UBATAN
1.Kain Anduh
-Mengampu anggota-anggota yang patah atau seliuh.


2.Kain pembalut kasa
-Membalut luka atau anggota yang seliuh


3.Larutan Flavin
-Merawat luka.


4.Larutan antiseptik
-Merawat luka.


5.kapas
-Mencuci luka atau menyapu ubat pada luka.


6.Gunting
-Memotong.


7.Krim antiseptik
-Merawat luka.


8.Penampal luka(plaster)
-Menampal luka-luka kecil.