KAHERAH: Bunyi berbalas tembakan kedengaran di sekitar Medan Tahrir di sini kira-kira jam 5 pagi tadi (10 pagi waktu Malaysia), dipercayai berpunca daripada pertempuran antara kumpulan penyokong Presiden Husni Mubarak dengan penentangnya.
Bunyi itu dapat didengari dari Hotel Grand Hyatt yang menjadi tempat penginapan rombongan pemberita dari kumpulan Media Prima Berhad (MPB) yang terletak kira-kira dua kilometer dari medan terbabit.
Bunyi itu dapat didengari dari Hotel Grand Hyatt yang menjadi tempat penginapan rombongan pemberita dari kumpulan Media Prima Berhad (MPB) yang terletak kira-kira dua kilometer dari medan terbabit.
Selain tembakan, kereta kebal dan ambulans juga kelihatan melalui Jambatan Kasr Nil berhampiran Medan Tahrir. Rombongan pemberita MPB terpaksa 'berkampung' di Hotel Grand Hyatt selepas dinasihatkan supaya tidak keluar daripada hotel selepas waktu perintah berkurung yang bermula daripada jam 5 petang hingga 8 pagi setiap hari.
Suasana ini jauh berbeza dengan keadaan dalam perjalanan kami dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Hotel Grand Hyatt, semalam yang mana demonstrasi kedua-dua kumpulan itu agak terkawal.