Thursday, October 28, 2010

KISAH SAYIDINA ALI DENGAN 6 DIRHAM

KISAH SAYIDINA ALI DENGAN 6 DIRHAM
SEBAIK pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui
isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: “Wahai wanita mulia,
adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?”

Fatimah menjawab: “Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun.
Tetapi ini ada 6 dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah
memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain.”

Ali berkata: “Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan.”

Fatimah segera menyerahkan 6 dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi
bagi membeli makanan.

Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: “Siapa yang mahu
memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati
janji?”

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak 6 dirham
kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang
melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.

Ali pun bertanya: “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?”

“Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa,” kata Fatimah.

Ali menjawab: “Aku meminjamkan wang itu kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: “Sekiranya begitu, saya menyokong
tindakanmu.”

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad
s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta
menghampirinya, dan berkata: “Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini.”

Ali berkata: “Saya tidak mempunyai wang.”

“Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa,” kata Badwi itu.

“Berapa harganya?” tanya Ali, menunjukkan minat.

“Tidak mahal, 100 dirham sahaja,” jawab Badwi itu.
“Baiklah, saya beli,” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya
menuntun unta.
Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan
bertanya: “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”

“Ya,” jawab Ali.
“Berapa?” Tanya Badwi itu.
“300 dirham,” jawab Ali.

“Baiklah saya beli,” kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham
kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada
Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: “Apa yang kamu bawa itu wahai
Abu Hassan?”

“Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian
saya menjualnya dengan harga RM300 dirham,” jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Ali
sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Hassan,
adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”

“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.

“Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi
yang membeli unta daripada kamu tadi?”

Ali menggeleng: “Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: “Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam
dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap
satu dirham mendapat ganti 50 dirham.

“Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang
kedua adalah malaikat Mikail.”

*Maksud al-Baqarah, ayat 261: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus
biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya ….”*

JANGAN PILIH ORANG BODOH SEBAGAI KAWAN KARIB


Wahai anakku, jangan sekali-kali memilih seorang bodoh sebagai kawan karibmu, sebab ia hanya akan mendatangkan kesusahan bagimu padahal niatnya ingin menolongmu. Jangan kau jadikan seorang bakhil sebagai temanmu, sebab ia akan menjauhkan diri dalam keadaan engkau memerlukannya. Jangan berkawan dengan orang yang berbudi rendah, sebab ia akan menjualmu dengan harga semurah harga. Dan jangan berkawan dengan seorang pendusta, sebab ia sama sahaja dengan fatamorgana, mendekatkan bagimu yang jauh dan menjauhkan bagimu yang dekat.
~Imam Ali - Nahjul Balaghah ~

PERALATAN DAN BEKALAN MENDAKI

Ini saya masukkan sedikit panduan untuk saya dan juga pada mereka yang gemar pada aktiviti lasak.
Aktiviti Mendaki dan trekking memerlukan peralatan yang khusus untuk perlindungan, keselamatan dan keselesaan sepanjang menjalankan aktiviti. Peralatan-peralatan asas yang mudah dibawa, tahan lasak, ringan perlu disediakan untuk menjalankan aktiviti sebegini. Bagi Bekalan Makanan/ration pula hendaklah disediakan untuk dibawa dari jenis yang ringan, ringkas, senang dimasak dan tidak tumpah.

Ringkasnya adalah seperti di bawah :

Peralatan :

1. Beg Galas - Ringan dan Lasak
2. Khemah 2men tent/Poncho
3. Messtin/periuk kecil
4. Cawan Plastik
5. Sudu
6. Alat memasak - Dapur gas kecil/bunsen burner/solid fuel
7. Botol Air (bukan kaca)
8. Pisau kecil
9. Alas tidur/Sleeping mate
10. Selimut/Sleeping bag
11. Lampu
12. Lampu Suluh
13. Wisel
14. Tali untuk ikatan
15. Mancis
16. Lilin (untuk masa kecemasan)

Pakaian ;

1. Kasut Trekking/Kasut Jogging - hendaklah lembut dan berkusyen
2. Stoking Kapas
3. Seluar Trek atau Seluar yang sesuai (bukan jeans)
4. Baju - seeloknya T-Shirt berlengan panjang tetapi nipis
5. Topi yang sesuai
6. Pakaian Basahan - mandi
7. Tuala - Kecil dan Nipis
8. Pakaian dalam secukupnya
9. Pakaian Tidur
10. Baju Penahan Sejuk/windbreaker
11. Pakaian Sembahyang (bagi Muslim)
12. Sleeper Jepun atau yang sesuai untuk basahan

Bekalan Makanan :

1. Beras - 80g./orang/sekali makan
2. Gula - 15g./gelas air
3. Minuman - Kopi/Tea/Milo/susu tepung dsb.
4. Lauk jenis kering
5. Sardin (tin kecil) dan Sayur - untuk berkuah
6. Garam
7. Jem/Kaya
8. Biskut/Roti Tahan Lama
9. Glukos - kalau perlu

Perubatan :

Kotak Pertolongan Cemas selengkapnya

Friday, October 15, 2010

JENTERA BARU TAPI TETAP LAMA

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat illahi...kerna memudahkan segala urusanku pada kali nie. Walaupun terdapat sedikit halangan... terima kasih juga kepada yang terlibat dalam usaha membantu dalam mempermudahkan urusan.
Inilah...jentera baru tapi yang secondhand punya...proses pembaikpulih
yang mana sempat aku buatpada peringkat awal... Alahai rumit juga nak buka driveshaft nieee...



Inilah drivesaft yang belum di buka @ belum proses pemulihan


Yang ini adalah...nak cakap pun segan lah... yang nie hanya tukar
getah coverheat..yang lama getah dah mati jadi keras..


Ini dia pomen yang di pertanggungjawapkan untuk memulihkan kompenan pada kenderaan saya
nama beliau nie...Encik Rahim...orangnya hensem..laaa




Dan mungkin anda tertanya-tanya apakah jentera itu
yang mana setakat nie masih belum di pamerkan lagi..
Alahai...kenderaan
secondhand je.

Mungkin ia muncul di lain terbitan...

Friday, October 8, 2010

KERETA-walaupun berat mata memandang.....


KERETA....kini terpaksa aku lepaskan....walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulan pepatah yang sesuai buat masa ini..
Walaupun telah lama kereta itu berkhidmat kini terpaksa aku lepaskan atas faktor-faktor yang tak dapat di elakkan....