Tuesday, November 30, 2010

BASUH KERETA


Sekarang nie saya duduk kat rumah saje
maklumlah berehat setelah penat memandu seharian semalam.
sampai kat rumah pun dalam jam 3:15 pagi

banyak saya timba semalam,pelbagai pengalaman saya perolehi
namun begitu bukan itu yang saya nak masuk pada entri kali nie...
nantilah saya cerita di lain masa bab tu...
Apa yang saya nak masukkan pada entri kali nie..

Walaupun penat masih terasa,namun saya gagah juga
untuk membasuh kereta..penat tu tetap penat tapi
terasa lega sikit kerna anak-anak sudi membantu


Tengoklah mereka tu begitu gembira dan seronak maklumlah dapat
bermain air.Bercerita pasal kereta Alhamdulillah semalam percubaan
pertama berjalan jarak jauh dan semuanya berjalan lancar

Saturday, November 27, 2010

BIODATA IBLIS


Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Rasulullah bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”. Jawab iblis
“Siapa sahabatmu?” Bertanya lagi rasulullah
“Penzina.” Jawab iblis
“Siapa teman tidurmu?”. Rasulullah terus bertanya
“Pemabuk.” Jawab lagi iblis
“Siapa tamumu?” Tanya Rasulullah
“Pencuri.” Jawab si iblis
“Siapa utusanmu?” Bertanya lagi Rasulullah
“Tukang sihir.” Jawab iblis
“Apa yang membuatmu gembira?”. Tanya Rasulullah
“Bersumpah dengan cerai.”. Jawab iblis
“Siapa kekasihmu?”Terus Rasulullah bertanya
. “Orang yang meninggalkan solat Jumaat”. Jawab iblis
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”. Tanya Rasulullah
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”. Jawab iblis

Cara Iblis Menggoda

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad?,aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar – benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gossip) dan Namimah (Adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.


Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata – kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak – anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, CERAI.


Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur - ulur solat. Setiap kali ia hendak berdiri untuk menunaikan solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, iapun menoleh. Pada saat iatu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ’solatmu tidak sah’


Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan iapun semakin taat padaku.


Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.


Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?”

Thursday, November 18, 2010

25 PESANAN LUQMAN KEPADA ANAKNYA


Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.”

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.”

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”

Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.”

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAYA AIDILADHA

SALAM AIDILADHA PADA SEMUA TEMAN-TEMAN TAULAN 
WALAU DI MANA ANDA BERADA

Monday, November 15, 2010

BERKORBAN PADA JALAN ALLAH

Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud:
”Wahai Anak Adam! Berinfaqlah, pasti Aku akan limpahkan kurniaanKu kepadamu. Sesungguhnya ’Yaminullah’ (gudang nikmat dan kelebihanNya), sangat penuh berlimpah ruah, tidak akan susut sedikitpun siang ataupun malam.” (Hadis Qudsi riwayat Daraquthni dari Abu Hurairah r.a.)

Allah swt memerintahkan hamba-hambaNya supaya berinfaq dan membelanjakan sebahagian rezeki yang telah dilimpahkanNya kepada para fakir, miskin, orang-orang yang sangat memerlukannya dan untuk kebaikan dan manfaat orang ramai dan janganlah kikir (kedekut) kerana takut kehabisan hartanya atau susut bilangan dan jumlahnya.

Di dalam hadis ini diterangkan bahawa Allah tetap dan pasti membalas infaq atau belanja yang telah dikeluarkan hambaNya dan akan dibalasNya dengan berlipat ganda. Allah membalas dengan caraNya sendiri, baik hambaNya sedar atau tidak, balasanNya akan melimpah kepadanya di dunia ini atau ditangguhkan pada waktu yang ditentukanNya sendiri atau ditangguhkanNya pada hari akhirat kelak.

Allah Maha Pemberi Rezeki, kerana rezeki itu dikembalikan semula kepadanya,
bahkan diganti dengan yang lebih baik dan berlipat ganda.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
”Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

”Siapakah orang yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?. Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNya kamu semua dikembalikan.” (Surah Al Baqarah ayat 245)

”Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang
telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi.” (Surah Ali Imran ayat 180)

Semua anjuran, sifat dan akhlak yang disebut dalam Al Quran itu adalah akhlak Nabi s.a.w. dan telah baginda amalkan sebagaimana semestinya. Begitupun mengenai sifat infaq ini, Nabi s.a.w adalah
orang yang paling dermawan. Baginda banyak melakukan infaq dan sempurna sekali kedermawanannya. Infaq baginda laksana angin yang berhembus tiada henti-hentinya. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Baginda membelanjakan hartanya (melakukan infaq) dan tidak pernah takut kepapaan.

Perkara ini dirasai oleh orang yang pernah menjadi musuh baginda. Orang itu pernah meminta sesuatu kepada Nabi s.a.w. lalu diberinya sekumpulan kambing yang banyak sampai memenuhi lembah antara dua gunung. Dengan gembiranya orang itu segera pulang ke desanya sambil berteriak: ”Wahai kaumku, masuklah Islam, kerana Muhammad
memberikan pemberian bagaikan pemberi yang tidak takut papa.”

Pernah baginda mendapat rezeki sebanyak sembilan ratus ribu dirham lalu diletakkannya di atas tikar dan dibahagi-bahagikannya kepada sesiapa sahaja yang datang memintanya, sehingga wang itu habis kesemuanya.

Semoga kita dapat mencontohi baginda dengan penuh ikhlas. Amin.




 Di Copy paste dari blog:   http://tehbri.blogspot.com/2010/03/berkorban-pada-jalan-allah.html

Sunday, November 14, 2010

TOKANG KE KAPAL

Lama saya tak menjenguh ke blog...maklumlah sibuk sikit semenjak akhir-akhir ini.. Di sini saya nak masukkan entri tentang kapal yang mana hanyut ke tebing di pukul ombak. Kisahnya bermula semasa saya dan keluarga dalam perjalanan ke Kota Bharu.Kami selalu mengunakan laluan pantai..memandangkan jalan agak tenang dan pemandangannya pun cantik.. Tiba-tiba perjalanan kami terhenti kerana terpandang 2 kapal yang tersadai di pantai permaisuri,Setiu...
Kami menghampiri pantai tersebut dan mengambil gambar untuk totonan semua. Saya cuba mendapatkan maklumat dari mereka yang terdapat di situ... Maklumat yang kami terima yang mana menyatakan kapal tersebut hanyut dan tersadai di situ..kerana salah satu kapal mengalami kerosakkan dan sebiji kapal lagi cuba menunda. Memandangkan musim sekarang musim tengkujuh,jadi ombak agak besar melanda.. Kedua-dua kapal bertungkus-lumus untuk mengharungi arus yang besar.. Namun kedua-duanya terpaksa angkur dengan ombak besar dan terus tersadai di tepi.

Inilah kapal yang tersadai di tepi Pantai Permaisuri Setiu
dan kapal ini juga yang di katakan mengalami kerosakkan

dan ini pula kapal yang di katakan menunda kapal yang lagi satu.
kapal ini juga di katakan kapal hak milik inai kiara

Saturday, November 6, 2010

MENGHADIRI MAJLIS PENGHUJUNG TAHUN ANAK BONGSU

Tangga 5hb November 2010 bersamaan 28 zulkaedah 1431H berlangsung satu majlis penutup gabungan sekolah-sekolah Pasti,majlis bermula di sebelah petang.Acara bermula pada jam 2.30 petang.
Kata-kata aluan dari pengerusi majlis yang di sampaikan oleh ustaz kamarulzaman
bagi memulakan dan merasmikan majlis gabungan tahunan Pasti.

Anakku yang begitu tekun mewarnai lukisan dalam pertandingan mewarna.

Begitulah wajah-wajah mereka dan anakku yang menunggu giliran
untuk membuat persembahan Nasyid

Persembahan yang berlangsung.. Lakonan yang di buat begitu hebat
sampai para penonton terpegun melihat kelincahan kanak-kanak
ini membuat persembahan.

Itulah persembahan Nasyid yang di persembahkan oleh anak saya
dan rakan-rakannya. dan majlis berakhir pada jam 6petang..
itulah yang saya dapat tahu memandangkan terpaksa beredar lebih awal memandangkan
ada tugasan lain menanti saya..


Tuesday, November 2, 2010

MUSIM TENGKUJUH DATANG LAGI

Salam sejahtera kat semua pembaca-pembaca Blog... Seperti sedia maklum musim tengkujuh sudah menghampiri kita. Hujan mula menuruni mencurah bagaikan tiada hentinya.. Angin mula bertiup kencang menandakan tengkujuh sudah hampir tiba..

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL SEBELUM MENGHADAPI BANJIR
Pertama pastikan semua dokumen penting seperti surat beranak,dokumen atau buku-buku bank,geran tanah atau geran kenderaan,dokumen perkahwinan atau sebagainya..
2 Pastikan barangan elektrik di letakkan pada tempat yang selamat. Begitu juga kenderaan pastikan berada
di tempat yang selamat.
3. Pastikan juga anak-anak sentiasa berada di bawah pengawasan dan sentiasa dapat di lihat..

NANTI SAYA AKAN MASUKKAN ENTRY MUSIM BANJIR