Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

BASUH KERETA


Sekarang nie saya duduk kat rumah saje
maklumlah berehat setelah penat memandu seharian semalam.
sampai kat rumah pun dalam jam 3:15 pagi

banyak saya timba semalam,pelbagai pengalaman saya perolehi
namun begitu bukan itu yang saya nak masuk pada entri kali nie...
nantilah saya cerita di lain masa bab tu...
Apa yang saya nak masukkan pada entri kali nie..

Walaupun penat masih terasa,namun saya gagah juga
untuk membasuh kereta..penat tu tetap penat tapi
terasa lega sikit kerna anak-anak sudi membantu


Tengoklah mereka tu begitu gembira dan seronak maklumlah dapat
bermain air.Bercerita pasal kereta Alhamdulillah semalam percubaan
pertama berjalan jarak jauh dan semuanya berjalan lancar

Friday, October 15, 2010

JENTERA BARU TAPI TETAP LAMA

Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat illahi...kerna memudahkan segala urusanku pada kali nie. Walaupun terdapat sedikit halangan... terima kasih juga kepada yang terlibat dalam usaha membantu dalam mempermudahkan urusan.
Inilah...jentera baru tapi yang secondhand punya...proses pembaikpulih
yang mana sempat aku buatpada peringkat awal... Alahai rumit juga nak buka driveshaft nieee...



Inilah drivesaft yang belum di buka @ belum proses pemulihan


Yang ini adalah...nak cakap pun segan lah... yang nie hanya tukar
getah coverheat..yang lama getah dah mati jadi keras..


Ini dia pomen yang di pertanggungjawapkan untuk memulihkan kompenan pada kenderaan saya
nama beliau nie...Encik Rahim...orangnya hensem..laaa




Dan mungkin anda tertanya-tanya apakah jentera itu
yang mana setakat nie masih belum di pamerkan lagi..
Alahai...kenderaan
secondhand je.

Mungkin ia muncul di lain terbitan...

Friday, October 8, 2010

KERETA-walaupun berat mata memandang.....


KERETA....kini terpaksa aku lepaskan....walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulan pepatah yang sesuai buat masa ini..
Walaupun telah lama kereta itu berkhidmat kini terpaksa aku lepaskan atas faktor-faktor yang tak dapat di elakkan....

Sunday, July 4, 2010

PROSES PEMBAIK-PULIH KENDERAAN SENDIRI

Enjin kereta aku terpaksa di buat operation( TOP OVERHALL)
memandangkan prestasi enjin mula menurun.haiii 3@4 hari juga
nak bagi enjin ini siap baiki..banyak duit ke keluar nie,nak buat
macam mana dah nasib badan...proses pembalik-pulih ini bermula
pada 08/jun/2010
Yang ini TIME malas kena cana fiber untuk bagi dia sama rata
ngan body.badan pun terasa miang di sebabkan habuk fiber.
Ini proses simen body dan plas...nak beli baru costing tinggi
mahu tak mahu...baik pulih je
Dan akhirnya kereta aku siap juga...walaupun tak secantik mana
sepertimana kereta-kereta yang berada atas jalanraya sekarang
.namun  dengan kereta inilah dapat aku membawa anak isteri ke
mana-mana. nak kata kereta buat cari makan pun buleh. 
COSTING BAIKI; rasa kalu tak silap dalam RM 1000 lebih..
mahu tak mahu baiki jee