Wednesday, September 15, 2010

GITU-GITU REDANG RAYA KE-4

Nie menceritakan perihal kami dengan keluarga yang besar telah merancang program yang mana telah terkandas sekian lama... Dan akhirnya pada tahun ni kami dapat menjayakan program tersebut...programnya ialah rendang eh...bukan ke Pulau Redang.. Kami di taja sepenuhnya oleh adik kami (Azhar) selaku tuan boat..Gambarnya nanti kami upload,rasa malam nie tidak kot penat campur gambar belum siap proses..tunggu nanti saya upload kan.......




oo.k sekarang kita dah up load serba sedikit gambaran suasana di pulau redang (marine park,Redang)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin dari Anuar and nik sekeluarga...sekiranya terdapat sebarang kekurangan haraplah di maafkan...ini serba sedikit kita upload kat blog suasana di pagi hari raya pertama

Friday, August 27, 2010

RESIPI MASAKAN 3 RASA

MASAKAN ALA 3 RASA(gambar hiasan)
Guna ikan yg sesuai yea seperti siakap, jenahak, bawal dan ntah aper lg ntah....hihihi

Bahan-Bahan 1 ekor ikan ????

3 ulas bawang putih - dicincang halus

2 helai daun limau purut

1 batang bunga kantan - dihiris halus

5 batang cili padi

1 sudu makan gula

1 sudu makan nampla/ sos ikan

2 sudu makan cili sos dan tomato sos

1 mangkuk kecil nenas - potong dadu

1 mangkuk kecil tomato - potong dadu sedikit garam, dan jus lemon

Cara Cara Ikan ????

dibelah bahagian tengah,

bersihkan,

lumur dengan garam,

tepung jagung dan sebiji telur,

kemudian digoreng hingga garing.

Tumis bawang putih,

sos tomato, sos cili, cili padi, dan bunga kantan.

Setelah layu, masukkan

sos ikan, nenas,tomato, jus lemon dan daun limau purut.

Masukkan sedikit air,

kacau rata,

bubuh garam dan gula.

Setelah mendidih,

angkat dan tuang ke atas ikan ????? yang telah digoreng.

BULAN PUASA PUN MANCING JUGAK

Bulan puasa pun puasa lah dah anak-anak ajak
mancing try joran baru katanya.penat pun tak apa jadi dapat
pergi lepas hawa katakan hehehe
Jadi aku pergi la satu port lama yang mana satu ketika dulu aku selalu
mancing kat situ.tempat tak fomous mane.tapi bulehlahhh
lama jugak tak mancing ni,hampir 2 tahun aku pencen.
inilah orang tua kata anak punya hal apa pun jadi.

portnya pantai merang (muka kuala)
try labuh sauh kat sini dulu
Hasilnya takapan pertama beliau ikan todak dapat 2 ekor



Takapan kedua hasilnya dapat ikan anak entah
apa namanya lupa pulak,
yang banyak dapat


Takapan ketiga ikan jenis sebelah nabi pun
dia yang dapat.

last anak saya dapat ikan cermin..sebelum pulang




Tersenyumlah anak aku kerana dapat pelbagai jenis ikan.yang terasa
hampanya semasa hendak pulang anak saya sempat menaikan ikan siakap putih
agaran dalam 500@600 gram tapi sayang sesampainya di tebing
terlepas pulak.Apakan daya tiada rezeki laaa tuu

Thursday, August 26, 2010

MENGECAT RUMAH

Sekarang puasa dah masuk pertengahan..nak buka internet terasa boring..
maklumlah tak tau apa nak buat
jadi...
tak tahulah.. nak bikin apa nie..
jam menunjukkan pukul 10.30pagi
Dah kalu malas sangat aku ambil keputusan pergi 
kedai hardware cari cat ingat cat rumahlah lagi bagus
daripada duduk tidor..

Mula-mula pergi ambik anak balik aku yang bongsu balik sekolah
maklumlah pra...jadi jam 11.30 dah buleh ambil.
maka bermulalah operasi mengecat rumah
warna di pilih isteri(warnanya yang versi terbaru green tea)
lebih kurang jam 1.00 tengah hari pick up anak2 aku yang lain

Budak-budak minat kalu jenis kerja macam nie.
di mintaknya mereka untuk menyambung tugasanku
ohhh...bagai nyantuk di sorong bantal
Tengoklah mereka sibuk menyiapkan projek mengecat.

Itulah semangat yang ada pada mereka walaupun penat baru balik
sekolah.tapi nak jugak mengecat rumah, tu dia orang puasa tu... aduss
demi semangat mereka terus jugak..kena puji sikit nie hehe kata kata semangat katakan
Mungkin tahun ini ada kelainan sikit rasanya ni..
maklumlah rumah hijau,baju pun hijau sedondong katakan




Monday, August 23, 2010

TAK DI SANGKA-SANGKA

penat-penat masih terasa memandangkan ianya bulan puasa..anak-anak pun nampak letih sangat memandangkan
masih kecil untuk berpuasa.Tapi tu lah...Alhamdulillah mereka mampu bertahan dan berbuka bersama kami.
taniah buat mereka semua...dalam kepenatan menghadapi bulan puasa untuk aku pulak mendapat hadiah special dari tersayang..nie,dapat mesin pancing


haaa....inilah mesinnya jenama bannax sx5000.Dah 2 tahun aku tak mancing kerna lebih tertumpu pada radio ham..ceritanya adalah 2@3 lepas ada bercerita pada isteri tersayang ingat nak mancing semula lah..tut..tut dapat satu mesin pancing...ini yang seronok gie pancing nie.











.

Thursday, August 12, 2010

SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA

Salam semua,, selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak yg mulia.. harap ampunkan salah dan silap kami sekeluarga dan sepanjang aku berblogging ini.. semoga kita dpt manfaatkan bulan barakah ini... harap jugak semua dpt betulkan niat kita semasa berpuasa.. Ingat!! berpuasa bukan kerana nak diet atau utk kesihatan shj.. kita kena niat puasa ini kerana Allah.. kerana bulan ini adalah bulan untuk NYA...