Wednesday, October 19, 2011

TREND ZAMAN SEKARANG



Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?

Ramai suka memakai tudung disertakan... dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.